Wednesday, March 25, 2009

bismillahir-Rahmanir-Rahim

Di bawah merupakan petikan dari tafsir fi zilal. Bagi mereka2 yg mengambil jurusan perubatan, cuba dalami bait2 kata dalam muqadimah ini. Sebab apa yg kita cuba ubati bukan sahaja penyakit2 luaran tetapi juga penyakit hati. Malahan, penyakit hati lagi susah sebenarnya kita nk ubati sebab kita x nampak di mana sakitnya. Malah, mungkin ramai yg x sedar pun akan penyakit2 yg melanda umat kini...

Umat manusia yg diciptakan Allah ini tidak dapat dibuka pintu fitrah yang tertutup itu melainkan dengan anak2 kunci dari ciptaan Allah itu dan penyakit2nya x dpt diubati melainkan dengan penawar yg dicipta oleh Allah s.w.t. Allah telah menyediakan di dalam sistem hidup yg diaturkan olehNya itu anak2 kunci utk membuka segala pintu yg tertutup dan penawar utk mengubatkan segala penyakit;

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
"Dan Kami turunkan dari al-Qur'an itu sesuatu yg menjadi rahmat kpd org2 yg beriman..."

al-Isra' ayat 82

إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ
"Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi hidayah ke jalan yg lurus.."

al-Isra ayat 9

Tetapi malangnya umat manusia tidak mahu mengembalikan ibu kunci kpd tukang pembuatnya dan tidak mahu membawa org yang sakit kpd penciptanya. Mereka x bertindak dlm urusan diri mereka, kemanusiaan mereka, kebahagiaan atau kecelakaan mereka seperti mereka bertindak dalam urusan mesin2 dan alat2 murah yg digunakan mereka dlm keperluan2 seharian mereka yg kecil. Mereka tahu jika mesin2 dan alat2 itu rosak mereka akan memanggil mekanik kilang yg membuat mesin itu utk memperbaikinya, tetapi mereka x menggunakan peraturan ini dalam usaha membetulkan manusia sendiri, iaitu dgn mengembalikan mereka kpd kilang yg mengeluarkan mereka dan tidak meminta petua dari Allah Pencipta yg telah mengadakan mesin2 manusia yg mengkagumkan ini, iaitu mesin manusia yg besar, mulia, halus dan seni, mesin yg x diketahui liku2 dan pintu2nya melainkan oleh tukang yang membuatnya sendiri;


وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوِ اجْهَرُوا بِهِ ۖ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

"Sesungguhnya Allah amat mengetahui segala isi hati. Apakh Allah yg telah menciptakan (kamu) x mengetahui (isi hati kamu), sedangkan Dialah Yang Maha Halus dan Maha Mendalam Ilmu-Nya"

al-Mulk, ayat 13-14

Sedap kan analogi dia. Dan ironinya, betul apa yang Sayed Qutb nyatakan... Bila kita berhadapan dengan pesakit, berapa kalikah kita mengucapkan 'bismillah' sebelum melakukan pemeriksaan? Acap kalikah kita menyebut 'insyaAllah' apabila memberikan preskipsi? Adakah bibr kita sentiasa menguntumkan senyuman atau mata seperti beruang panda yang kita tayangkan kpd bakal mereka2 yg menjadi pesakit kita nanti? Sama2lah kita memikirkannya. Sebab, tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kita bersama yg bakal bergelar doktor kelak. InsyaAllah... (^,^)

1 comments:

Al-Mualim Shah @ Dino~ said...

Moga2 mnjadi doktor yg baek nuh..amin